Assalamualaikum wbt,
Dalam banyak-banyak perkara yang
kita buat setiap hari tidak kira dimana-mana sahaja termasuk ibadah dan amal
jariah kita, namun kita kena berhati-hati kerana apa yang kita buat
kadang-kadang mengandungi beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat dan ada
kalanya dipanggil sebagai bida’ah.
Bida’ah bermaksud suatu perkara
yang tidak dibuat oleh para nabi dan Rasulullah s.a.w dan ia dibuat-buat oleh
umat islam selepas kewafatan para nabi dan Rasulullah s.a.w,
“Dari Ummul
Mukminin; ibu kepada Abdullah; Aisyah binti Abu Bakar, juga isteri Rasulullah
s.aw melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata “Sesiapa yang memperkenalkan
perkara-perkara baru baru dalam hal-ehwal ibadah ,perkara tersebut
ditolak.
(Hadis Direkodkan oleh
Bukhari dan Muslim)
Ini bermakna sesiapa yang
suka-suka menambah perkara-perkara baru dalam hal ehwal ibadah akan ditolak dan
tidak dikira pahalanya dan ada dalam rekod Muslim, Rasulullah s.a.w yang
bermaksud
“Sesiapa yang
melakukan sesuatu amalan dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh
kami,maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t”.
Antara tip-tip hadis yang boleh
kita mengetahui ialah;-
1.Pastikan setiap amalan yang
kita lakukan tidak bercanggah dengan hukum Allah, bermaksud kita sebagai
sebagai umat islam hendaklan menyemak semula amal ibadah, dan amal jariah kita
supaya ia tidak bercanggah dengan hukum Allah s.w.t
2.Beramal berdasarkan ilmu yang
sahih melalui pengajian dengan guru-guru yang mursyid, sebab itu di Negeri
Selangor mana-mana penceramah yang ingin berceramah di mana-mana masjid di
negeri selangor perlu mendapatkan tauliah mengajar kerana tujuan nya
mengelakkan fahaman yang salah,mengelirukan dan ajaran-ajaran yang sesat,
mana-mana penceramah yang tidak mempunyai tauliah boleh didenda.
3. Pastikan ibadah yang hendak
dilakukan bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah yang tidak
bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w adalah bidaah dan tidak
diterima oleh Allah s.w.t walaupun kita melakukan niat yang baik.
4.Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w sudah sempurna. Oleh itu ikutlah segala petunjuk yang
diterangkan oleh beliau dan jangan kita memandai-mandai dalam urusan agama.
sebab itu ramai umat islam khususnya kaum melayu suka mencampur adukkan adat
melayu dan agama islam dalam kehidupan seharian… ini boleh terjadinya bidaah.
Itu sahaja penulis sampaikan
kepada pembaca-pembaca blog, Insyallah ada masa kita bersua lagi..
SEKIAN ASSALAMUALAIKUM WBT
No comments:
Post a Comment