Sunday 30 September 2012

60 DOSA BESAR

assalamualaikum .. salam sejahtera untuk semua pembace setia Nasyid Nur I See 

ada dinyatakan sebanyak 60 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut: 

  1. Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
  2. Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir. 
  3. Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
  4. Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual. 
  5. Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri. 
  6. Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan. 
  7. Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. 

Untuk huraian lengkap setiap satu dosa, sila download bukunya di sini megaupload. [NB: Saya dah cuba masuk, tapi payah benar nak download... hemmm...]. Mengikut imam az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya 'Al-Kabaair', beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah. 

  1.. Syirik

  2.. Membunuh Manusia

  3.. Sihir

  4.. Tinggal Sembahyang

  5.. Tidak Mengeluarkan Zakat

  6.. Tidak Berpuasa

  7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan

  8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa

  9.. Memutuskan Silatulrahim

  10.. Berzina

  11.. Homosex

  12.. Memakan Riba

  13.. Memakan Harta Anak Yatim

  14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul

  15.. Lari dari Medan Perang

  16.. Sombong

  17.. Saksi Palsu

  18.. Meminum Arak

  19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam

  20.. Berjudi

  21.. Menuduh orang baik melakukan Zina

  22.. Menipu harta rampasan Perang

  23.. Mencuri

  24.. Merompak

  25.. Sumpah Palsu

  26.. Berlaku Zalim

  27.. Pemungut cukai yang Zalim

  28.. Makan dari kekayaan yang Haram

  29.. Bunuh Diri

  30.. Berbohong

  31.. Hakim yang Tidak adil

  32.. Rasuah

  33.. Wanita yang menyerupai Lelaki

  34.. Tidak Cemburu

  35.. Cina Buta

  36.. Tidak Suci Hadas kecil

  37.. RIAK Mempamerkan Diri

  38.. Ulamak Dunia (jahat)

  39.. Khianat

  40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian

  41.. Mangingkari Takdir

  42.. Mencari Kesalahan Orang lain

  43.. Menabur Fitnah

  44.. Mengutuk Umat Islam

  45.. Mengingkari Janji

  46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

  47.. Derhaka kepada Suami

  48.. Gambar pada Baju

  49.. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

  50.. Mengganggu Orang lain

  51.. Berbuat Zalim terhadap yang lemah

  52.. Mengganggu Tetangga

  53.. Menyakiti dan Memaki Orang Islam

  54.. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik

  55.. Melabuhkan Pakaian 

  56.. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas

  57.. Hamba Lari dari Tuan

  58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT

  59.. Menjadi Pak Sanggup

  60.. Berdebat dan Bermusuh

Friday 28 September 2012

PINTU KEREDHAAN

clip_image002

clip_image004

clip_image006

Muslimin yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari akan memperkatakan mengenai tajuk: “PINTU KEREDHAAN”.

Muslimin Yang Berbahagia,

Proses fitrah kejadian manusia tidak dapat menafikan peningkatan usia dari hari ke hari. Sama ada suka ataupun tidak, kita seharusnya menerima hakikat dan kenyataan bahawa setiap yang muda akan berubah menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 70:

clip_image008

Maksudnya:Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Namun persoalannya bukan usia yang menjadi pertaruhan kita, akan tetapi amalan dan pengorbanan yang kita lakukan selama ini yang menjadi hasil yang harus di nilai oleh setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang bergelar sebagai seorang anak. Justeru, Islam mendidik umatnya supaya berbakti dan menghormati serta berbuat baik kepada orang tua. Dalam erti kata mentaati mereka, menjaga adab sopan semasa berhadapan dengan mereka, memelihara dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka dengan tulus dan ikhlas, malah tidak sekali-kali cuba menyakiti hati mereka, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Rasulullah SAW berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua bukan golongan muslim sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami. (Riwayat Al-Tabrani). Sehubungan itu, sebagai seorang yang bergelar anak, kita wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada kita dan membalas jasa ibu bapa mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 23-24:

clip_image010

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Muslimin Yang Berbahagia,

Hari ini, banyak kes penderhakaan zaman moden yang dilakukan oleh generasi muda kepada warga tua. Ada di kalangan mereka diabaikan, dibiar melarat di jalanan, mengemis dan didera. Malah, pernah terjadi anak menyaman orang tuanya sendiri sehingga ke mahkamah serta sanggup membunuh disebabkan tamak kepada wang atau harta. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan, walau pada dasarnya rumah-rumah kebajikan ini hanya disediakan kepada warga tua yang tidak mempunyai waris. Pelakuan sebegini menandakan semakin ramai anak-anak mengabaikan tanggungjawab dan penghormatan terhadap orang tua mereka. Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa kehilangan nilai murni dikalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan bukan sahaja di negara kita malah seluruh dunia.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2012 seramai 2020 orang penghuni telah ditempatkan di rumah-rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dari jumlah tersebut seramai 982 orang (48%) adalah orang Melayu Islam dan 19% dari jumlah kemasukan ke rumah kebajikan adalah kes-kes pengabaian serta dipinggir oleh keluarga sendiri. Manakala 26% berkaitan masalah penjagaan dan 3% berkaitan dengan masalah penderaan. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar ada di kalangan penghuni rumah kebajikan ini mempunyai anak-anak yang berjawatan tinggi, pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional, akan tetapi mereka masih sanggup menghantar ibubapa mereka ke rumah-rumah kebajikan.

Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa membenci kedua ibu-bapa dan mengabaikan kasih sayang kepada mereka akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan merupakan dosa besar. Sebuah Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya. (Riwayat Ad Dailami)

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW. tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu-bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Renungilah kisah al-Qamah dan ibunya di zaman Rasulullah SAW yang menjadi iktibar kepada kita semua. Seorang pemuda yang berada dalam keadaan nazak. Malangnya, tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya, kerana pada zaman hidupnya banyak perlakuan durhaka yang dilakukan dan tidak mendapat keredhaan seorang ibu.

Apalah gunanya anak-anak berpangkat besar, berjawatan tinggi, memiliki harta yang banyak sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan dosa disebabkan kedurhakaannya kepada kedua orang tuanya. Kita harus sedar bahawa amal soleh yang banyak tidak mencukupi untuk kita mengabaikan tanggungjawab menjaga orang tua. Pastinya hati mereka hancur dan air mata sedih akan menitis berderai bila mereka mengenangkan anak-anak yang di manja dari kecil bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa dan berjaya, mereka ditinggalkan dan diabaikan. Janganlah kita menjadi seorang anak semasa kecil diberi susu, akan tetapi apabila dewasa membalasnya dengan tuba.

Muslimin Yang Berbahagia,

Bersempena dengan 1 Oktober yang telah diisytiharkan sebagai Hari Warga Emas Sedunia, mimbar menyeru kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengenangkan jasa dan pengorbanan warga ini yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan Negara. Adanya Hari Warga Emas ini secara tidak langsung memberi ingatan kepada kita semua bahawa setiap manusia pasti akan melewati usia tua. Justeru, mimbar juga menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap mereka. Sebagai seorang anak menghormati dan berbakti kepada orang tua khususnya kepada kedua ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia, serta menjadi pemangkin utama ke arah membina masyarakat penyayang. Ingatlah bahawa ketaatan kepada kedua ibu-bapa merupakan pintu keredhaan Allah SWT di dunia ini. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:

clip_image012

Maksudnya: Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

clip_image014

Thursday 27 September 2012

Bida'ah..


Assalamualaikum wbt,
Dalam banyak-banyak perkara yang kita buat setiap hari tidak kira dimana-mana sahaja termasuk ibadah dan amal jariah kita, namun kita kena berhati-hati kerana apa yang kita buat kadang-kadang mengandungi beberapa perkara yang tidak sepatutnya dibuat dan ada kalanya dipanggil sebagai bida’ah.
Bida’ah bermaksud suatu perkara yang tidak dibuat oleh para nabi dan Rasulullah s.a.w dan ia dibuat-buat oleh umat islam selepas kewafatan para nabi dan Rasulullah s.a.w,
Dari Ummul Mukminin; ibu kepada Abdullah; Aisyah binti Abu Bakar, juga isteri Rasulullah s.aw melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata “Sesiapa yang memperkenalkan perkara-perkara baru  baru dalam hal-ehwal ibadah ,perkara tersebut ditolak.
(Hadis Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Ini bermakna sesiapa yang suka-suka menambah perkara-perkara baru dalam hal ehwal ibadah akan ditolak dan tidak dikira pahalanya dan ada dalam rekod Muslim, Rasulullah s.a.w  yang bermaksud
“Sesiapa yang melakukan  sesuatu amalan dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh kami,maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t”.
Antara tip-tip hadis yang boleh kita mengetahui ialah;-
1.Pastikan setiap amalan yang kita lakukan tidak bercanggah dengan hukum Allah, bermaksud kita sebagai sebagai umat islam hendaklan menyemak semula amal ibadah, dan amal jariah kita supaya ia tidak bercanggah dengan hukum Allah s.w.t
2.Beramal berdasarkan ilmu yang sahih melalui pengajian dengan guru-guru yang mursyid, sebab itu di Negeri Selangor mana-mana penceramah yang ingin berceramah di mana-mana masjid di negeri selangor perlu mendapatkan tauliah mengajar kerana tujuan nya mengelakkan fahaman yang salah,mengelirukan dan ajaran-ajaran yang sesat, mana-mana penceramah yang tidak mempunyai tauliah boleh didenda.
3. Pastikan ibadah yang hendak dilakukan bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah yang tidak bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w adalah bidaah dan tidak diterima oleh Allah s.w.t walaupun kita melakukan niat yang baik.
4.Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sudah sempurna. Oleh itu ikutlah segala petunjuk yang diterangkan oleh beliau dan jangan kita memandai-mandai dalam urusan agama. sebab itu ramai umat islam khususnya kaum melayu suka mencampur adukkan adat melayu dan agama islam dalam kehidupan seharian… ini boleh terjadinya bidaah.
Itu sahaja penulis sampaikan kepada pembaca-pembaca blog, Insyallah ada masa kita bersua lagi..
SEKIAN ASSALAMUALAIKUM WBT